Tuesday, July 6, 2010

Bodohnya Manusia

#1

Seorang budak dengan fahamannya sendiri..

"Aku pakai tudung. Semua orang ingat aku baik. Tapi aku tak sebaik yang dorang fikir. Lagipun, aku tak selesa dengan imej aku ni. Apalah guna pakai tudung tapi perangai buruk."

Akhirnya dia telah membuka tudung nya.

Tidak lama selepas itu, dia kehilangan orang yang paling dia sayang dalam hidup dia. Seorang lelaki yang memberi dorongan supaya dia berubah.

Lelaki itu adalah kawan baik dia dari sekolah. Diwaktu tiada orang menyukai dia, lelaki itulah yang sudi berkawan dengan dia. Lelaki itu tau sejarah hitam hidup dia. Pernah satu ketika, seorang ustazah di sekolah tidak membenarkan lelaki itu berkawan dengan dia.Lelaki itu tidak peduli.

"Hak aku lah aku nak kawan dengan sape pun. Siapa dia nak halang."

Kata-kata itulah yang dia ingat kan sehingga hari ini.

Tapi semua itu kenangan......

"Saya rasa lebih baik kita menjadi kawan je. Saya tak nak kita terlanjur dengan hubungan kita. Saya rasa itu yang lebih baik. Awak kena jaga diri awak. Jangan buat lagi apa yang dah kita buat. Awak belajar betul-betul. Jangan lupa solat."

Ini tidak adil buat dirinya. Kalau kerana dia membuka tudung membuat kan lelaki itu meninggalkan dia, lelaki itu selfish. Kenapa lelaki itu nak berubah sendiri. Kalau lelaki itu menyayangi dia kenapa tidak lelaki itu bawa dia itu berubah ke jalan kebaikan. Inilah yang membuatkan dia membenci lelaki itu.

Kerana terlalu mengikut perasaan, dia tidak peduli dengan pesanan lelaki itu. Dia meneruskan hidup dia yang lama. Pelajaran entah ke mana. Lelaki itu ada menelefon bertanyakan khabar dan mengingat kan dia. Dan dia katakan pada lelaki itu, jangan pedulikan dia lagi. Lelaki itu sedar yang dia marahkan lelaki itu dan tidak lagi menghubungi dia.

Akibat kebodohan diri sendiri, dia telah berkenalan dengan seorang mamat. Mamat itu telah memujuk dia dengan kata cinta yang indah. Untuk melupakan KEKASIH LAMA nya itu, dia meneruskan hubungan dengan mamat baru itu.

Dia tidak lagi menghiraukan halal haram didalam islam. Terus terusan berulit cinta dalam dunia dia. Dia merasakan mamat itu jujur menyayangi dia.

Akhirnya, setelah setahun setengah, mamat itu telah berulit cinta dengan perempuan lain. Di saat itu dia merasa kan betapa menyesal nya dia kerana tidak mendengar kata-kata KEKASIH LAMA nya itu. Apa yang nak dibuat, nasi sudah menjadi bubur. Nasib nya baik kerana ALLAH masih menyelamatkan dia. Tiada benih yang ditinggalkan mamat itu.

BETAPA BODOHNYA MANUSIA kerana mengikut kata hati dan nafsu.......





No comments:

Post a Comment