Wednesday, July 28, 2010

sekarang baru aku sedar...

Betul lah cakap orang yang kasih sayang antara manusia hanya sementara..

#1..Kasih sayang antara anak dan parent yang selalu dikata paling top dalam list semua orang. Tapi banyak dah aku tangok dan aku alami sendiri. Bile orang tanya sape yang ko paling sayang.. Tanpa pikir panjang trus jawab 'Mesti la mak aku babe,then ayah aku..' Tapi bila mak bapak dia dah meninggal, tak ramai lak anak2 sekarang yang selalu mendoakan mak dan ayah dorang. Ada gak yang trus lupe camtu jer.. Kalau nak jenguk kubur dorang,mm.. alamat nye tggu raya la..setahun sekali...(tp ok la g gak..)..tu belum lagi campur yang anak2 masa kecik nak mak atau ayah jer dukung..kalau orang lain nak dukung,sampai tak cukup suara menangis..

#2..Kasih sayang antara suami isteri.. Ada yang akan berpisah kerana mati.. Yang berpisah mati ni ok la gak.. Ada juga yang berpisah hidup (bercerai la tu).. Ni yang bercerai hidup ni.. Macam2 peel.. Sebelum kawen, "i lap u" "u lap i".. Bila dh kawen,kemain lagi.. Gaduh hari2..Sampai satu tahap bila dorang dah berjumpa orang baru, mula la lupe kan orang lama.. Lap u la konon.. ceett.. Tapi ntah la.. Walaupun orang yang dulu tu disayangi sangat2.. Lama2 kasih sayng yang menebal tu akan kurang sikit demi sikit..

#3..Kasih sayang antara kita satu keluarga.. Selalu manusia ni, bile kita senang baru la sedara.. Tapi bila susah, terdetik la ni dalam hati "aku pun susah gak,camne nak tolong".. tu la manusia2 ni..

#4.. Yang ini selalu berlaku.. Dah jadi trend pun untuk zaman sekarang.. Kasih sayang antara lelaki dan pompuan (couple la mksud aku).. Masa bercinta kemain lagi.. "Aku tak boleh hidup tanpa die..", "Aku sayang kan kau sampai mati..".. Tu lah antara ayat2 popular zaman kini.. Tapi masa gaduh lain la pulak.. Bila dah putus, hilang sudah kasih sayang yang dulu korang agung kan.. Bila jumpa orang lain, sayang lagi.. Kalau 10 orang kau couple,10 kali la korang sayang macam nak mati..

Tapi satu jer kasih sayang yang kekal abadi.. Kasih sayang hamba ALLAH kepadaNYA.. Kenapa?.. Sebab Allah itu tak kan mati.. Allah itu kekal.. Allah itu Maha Penyayang.. Dan ALLAh juga sayang kan hambaNYA juga.. Dan kasih sayang ALLAH kepada hambaNYA takkan hilang walaupun 1000 tahun berlalu, walaupun 1000 orang yang mati, walaupun 1000 kali kita buat kesilapan..

Dan kenapa kita agung2 kan sangat kasih sayang antara manusia ini..
SEKARANG BARU AKU SEDAR...

Thank To Allah, i am perfect..

Please Don't Cry...

Friday, July 23, 2010

my Bee..(",)



Let me introduced him..
Nama dia SYAZWAN..
Dia la TEMAN JIWA aku sekarang..cewah..!! asyik gitu ayat.. \(*_*)/ Aku sayang die..ngee..
Dia seorang yang penyayang tapi kadang2 pemarah..(tu pun sebab aku yang selalu wat dia marah..yang paling die bengang bile die tanya aku xdgr and tanya balik. Nt die ckp "bb balek g korek telinga k.." bluerk..xmo.. ngee)

Tapi pape pun, aku sayang dia lebih dari segala..yeah..in english "love u more than words".. Aiseyh.. ceewaahh.. Love u B..Hehe..

Tapi kadang2 aku terasa gak sebab dia selalu wat aku rasa yang dia tak sayang kat aku,tapi aku tau dia sebenarnye sayang aku sangat..Laki kan ego lbeyh..Jiwa mesti kena kental..huhu..Bodoh la aku ni..Kalau dia tau aku cakap camni mesti dia tanya "bb nak penampar ker pe?"..hihi..Aku suka gle dowh bile dia cakap camtu..=D

Dulu time kitorang selalu bersama, kitorang selalu naik genting..Leyh dikatakan everyweek kitorang naek genting..bkn wat pe pun..Naek sembang2,lepas 2-3 jam kitorang turun la kl..hakhak..Best..Tengah dok lepak2 layan perasaan masing2 kemudian keluar la ayat ni dari mulut die.."u..Kite balik boleh x?..Nanti mak i cakap pe lak balik lambat"..Die anak mak cikit..Manja2 gitu..hehe..cute2..

Dia pernah bagi aku bunga.Waktu kat genting la..Aku dok pelik die terpetik2 pokok..Tak tepikir lak aku die nak wat bouquet..Yang xbley blah,die bley ikat bunga2 tu ngan akar kayu..Waktu tu lalu satu ayat kat benak fikiran aku.."Kreatif gak mamat ni..Akar pun jln jd tali..good2.." ehehe..Tu la first time aku terima bunga dengan rasa kasih sayang..siyes aku cakap..That time aku dah set dalam minda kecik aku ni, bahawa dia lah untuk aku dan AKU TAKKAN MAIN KAN PERASAAN DIE..bluerk..=P (jiwang abis la konon aku ni..) Bunga tu aku ada simpan lagi dalam bilik aku sampai sekarang..Tapi bunga tuh dah kering pun and labah2 pun dah wat sarang kat situ..tu pun bley kn..huhu..

Walaupun sekarang ni,kitorang xmacam dulu (masing2 bz dgn hal sendri) but kitorang still lagi sayang each other..Kan B..?=)..(i hope so)..Aku harap sangat hubungan ni sampai bile2 sebab die dah banyak ubah aku..
Haa..Lagi satu peel die or peel laki2 kental, dorang xberapa suke (sebenarnye xsuka) kalau kiter ckp 'i lap u' or "i sayang u' hari2..mmm..Bagi dia or kaum2 sejenis die kata2 "i love u" or "aku sayang kau" amat bermakna..Dia tak suka kata2 tu di ungkapkan hari2..Dia cakap nanti dah jadi ayat biasa..camtu pun bleh gak ke B..adoyai..

Haha..Thats my SYAZWAN..Actually b,bb wat entry ni coz tgk gambar b then tepikir lak "cun gak kalo aku wat entry pasal die"..hehe..Last but not list, I miss U sangat la sayang..Muah2 for u B..

Monday, July 12, 2010

aku sayang kau..

Jangan kau ukur kasih sayang aku..
Walaupun barang yang aku bagi mahal harganya, jangan lah kau nilai kan harga barang itu.. Ukur lah kasih sayang aku pada kau..Aku mahu barang itu sentiasa berada dengan kau walau dalam apa keadaan pun..Kerana aku mahu menemani kau sentiasa di setiap hari yang kau lalui..Bukan hanya di realiti tetapi juga dialam fantasi..Setiap kali jarum saat dan detik itu bergerak, setiap kali itu juga jantung aku berdegup untuk kau..Dan setiap kali itu juga fikiran dan minda aku teringat kan kau..Sekiranya tiada lagi aku didunia ini, jadi kan lah ia kenangan dimana aku boleh selalu dekat dengan kau..
Sebab AKU SAYANG KAU..

Tuesday, July 6, 2010

Ikut Hati Bisana Weyh..!!!!


"Suka la tengok ko."

"Apsal plak?"

"Ko nak buat apa pun boleh. Duit tak payah nak fikir. Semua benda ko dah merasa."

"Hidup ko lagi best pe. Parent ko amek berat pasal ko."

"Yela. Tapi mama aku tak pernah lepaskan aku. Dia tak caye kalau aku hidup sendiri."

"Ok la tu. Dia jaga ko."

"Aku nak merasa la hidup tanpa mama aku kongkong. Hee.. Nanti tak dapatla anak aku nak tipu aku."

"Tapi ko kena tau batas. Jangan suka2 nak rasa semua benda. Ada benda yang boleh di try. Ada benda yang tak boleh. klo tak,boleh makan diri ko woo.. Pakej ko dapat nanti. Ingat tu. Pape jadi jangan cakap aku tak ingat kan ko."

"Heee.."

Suatu hari dia terlepas jugak dari cengkaman parent dia. Dia dapt duduk rumah sewa dengan kawan2 dia. Masa tu la kenal apa itu clubbing. Memang nikmat kehidupan remaja ni. Seronok gila dapat buat apa yang kita nak kan.

Sejak dari tu, satu laki ke satu laki dia tukar. Dapat pulak laki yang banyak duit. Apa dia nak laki2 tu bagi. Indah nye hidup dia...
Tapi dia tak puas hati. Lelaki yang dia dapat semua bertukar jadi baik bila kawan dengan dia. Dia nakkan lelaki yang jahat. Mmm...

Makin lama perasaan dia ingin mencuba benda baru menjadi-jadi. Semua benda dia dah try. Kecuali arak dengan 'ehem-ehem'.

Nak jadi cerita, satu malam dia kenal seorang lelaki. Lelaki ni macam yang dia nak. Lelaki ni kasi dia cuba apa jer yang dia nak. Makin seronok la dia dapat try semua. Tambah lagi tak ada sape halang.

Org cakap satu benda yang kalau kita buat kita akan dapat pakej. ARAK.. Yeke?..Mmm...

Tengah seronok dia berulit keseronokan dunia, tanpa sedar dia hilang mahkota diri. Virgin la kata orang. Tak sampai sebulan bercinta dengan lelaki tu, dia dah pregnant. Haaa.. Kan dah dapat pakej.

Mula2 dia ingat tak ada pape. Tapi dia rasa diri dia lain. Dia buat pregnancy test dan dia betul2 pregnant. Ada jugak dia fikir nak gugur baby tu, tapi tak jadi. Dia nak bagi baby tu kat orang tapi tak sampai hati. Nasib baik dia dapt kawan2 yang bagi semangat kat dia.

Tapi nasib baik jugak boyfriend dia ni ada sifat tanggungjawab. Bela la jugak dia ni. Hantar pegi kerja, ambik balik kerja. Bagi duit belanja.

Allah tetap sayang kan hamba Dia. Allah buka kan hati dia supaya bagitau keadaan dia kat parent dia. Dan Allah buka kan jugak hati parent dia supaya terima berita ni dengan hati terbuka.

Kita ni kadang2 tak ingat kan. Buat jahat macam mana pun Allah tetap tolong kita...
Korang ada fikir tak? Manusia..Manusia..Mmmm...

Bodohnya Manusia

#1

Seorang budak dengan fahamannya sendiri..

"Aku pakai tudung. Semua orang ingat aku baik. Tapi aku tak sebaik yang dorang fikir. Lagipun, aku tak selesa dengan imej aku ni. Apalah guna pakai tudung tapi perangai buruk."

Akhirnya dia telah membuka tudung nya.

Tidak lama selepas itu, dia kehilangan orang yang paling dia sayang dalam hidup dia. Seorang lelaki yang memberi dorongan supaya dia berubah.

Lelaki itu adalah kawan baik dia dari sekolah. Diwaktu tiada orang menyukai dia, lelaki itulah yang sudi berkawan dengan dia. Lelaki itu tau sejarah hitam hidup dia. Pernah satu ketika, seorang ustazah di sekolah tidak membenarkan lelaki itu berkawan dengan dia.Lelaki itu tidak peduli.

"Hak aku lah aku nak kawan dengan sape pun. Siapa dia nak halang."

Kata-kata itulah yang dia ingat kan sehingga hari ini.

Tapi semua itu kenangan......

"Saya rasa lebih baik kita menjadi kawan je. Saya tak nak kita terlanjur dengan hubungan kita. Saya rasa itu yang lebih baik. Awak kena jaga diri awak. Jangan buat lagi apa yang dah kita buat. Awak belajar betul-betul. Jangan lupa solat."

Ini tidak adil buat dirinya. Kalau kerana dia membuka tudung membuat kan lelaki itu meninggalkan dia, lelaki itu selfish. Kenapa lelaki itu nak berubah sendiri. Kalau lelaki itu menyayangi dia kenapa tidak lelaki itu bawa dia itu berubah ke jalan kebaikan. Inilah yang membuatkan dia membenci lelaki itu.

Kerana terlalu mengikut perasaan, dia tidak peduli dengan pesanan lelaki itu. Dia meneruskan hidup dia yang lama. Pelajaran entah ke mana. Lelaki itu ada menelefon bertanyakan khabar dan mengingat kan dia. Dan dia katakan pada lelaki itu, jangan pedulikan dia lagi. Lelaki itu sedar yang dia marahkan lelaki itu dan tidak lagi menghubungi dia.

Akibat kebodohan diri sendiri, dia telah berkenalan dengan seorang mamat. Mamat itu telah memujuk dia dengan kata cinta yang indah. Untuk melupakan KEKASIH LAMA nya itu, dia meneruskan hubungan dengan mamat baru itu.

Dia tidak lagi menghiraukan halal haram didalam islam. Terus terusan berulit cinta dalam dunia dia. Dia merasakan mamat itu jujur menyayangi dia.

Akhirnya, setelah setahun setengah, mamat itu telah berulit cinta dengan perempuan lain. Di saat itu dia merasa kan betapa menyesal nya dia kerana tidak mendengar kata-kata KEKASIH LAMA nya itu. Apa yang nak dibuat, nasi sudah menjadi bubur. Nasib nya baik kerana ALLAH masih menyelamatkan dia. Tiada benih yang ditinggalkan mamat itu.

BETAPA BODOHNYA MANUSIA kerana mengikut kata hati dan nafsu.......